Carian
Huawei Mate X2 Akan Menyokong Sistem Pengecasan Pantas 66W
November 12, 2020 Fahim Zahar

Huawei Mate dan Huawei Mate Xs adalah peranti boleh lipat daripada Huawei. Berbeza dengan Samsung, kedua-dua peranti ini boleh dilipat secara keluar. Ini mendedahkan skrin di bahagian luar dan tidak terlindung. Samsung pula dilipat ke dalam dan di luar ada skrin kedua.

Kita sudah tahu yang Huawei Mate X2 akan menggunakan rekaan seakan Samsung Galaxy Z Fold2. Iaitu lipat ke dalam, tetapi dengan stilus terbina. Rekaan juga telah tertiris baru-baru ini. Terkini, peranti ini disenaraikan untuk menyokong sistem pengecasan pantas 66W yang sama seperti Huawei Mate 40. Sayang sekali, informasi untuk spesifikasi lain kekal misteri dan belum didedahkan.

Selain dari lipat ke dalam, stilus terbina dan pengecasan 66W, apa agaknya kejutan yang Huawei akan bawakan pada Mate X2 kelak? Sama-sama kita nantikan.

Komen