Huawei dilihat sungguh bersemangat dalam menjadikan Harmony OS sebagai satu produk yang hebat. Untuk telefon pintar, ia dijangka akan mempunyai versi pembangun menjelang Disember ini dan untuk pengguna awam seawal tahun hadapan. Produk-produk lain sudah banyak mula menggunakan sistem operasi ini di China. Kebanyakan produk yang menjalankan sistem operasi ini adalah, barangan peranti berhubung serta barangan elektrik untuk rumah pintar.
Disebabkan sasaran Huawei adalah satu operasi untuk semua. Mereka menjadikan Harmony OS sebagai sistem untuk ekosistem seperti Mi Home dan Google Home. Baru-baru ini, Midea telah melancarkan beberapa barangan elektrik pintar untuk rumah pintar yang dikuasakan Harmony OS. Antara barangan pintar ini adalah mesin basuh pinggan mangkuk, pemanas air elektrik, pemanas air gas, penapis air dan juga dapur elektrik pintar. Kesemua barangan ini dilihat dipromosikan untuk digunakan bersama-sama dengan Huawei Mate 40.

Midea membawakan satu konsep lain daripada yang lain untuk kawalan rumah pintar. Pertama, hanya tiga saat sahaja untuk setiap peranti terus bersambung ke rangkaian. Kedua, semua produk tanpa skrin akan mempunyai “skrin” pada telefon untuk kawalan mudah dari pengguna. Akhir sekali adalah, satu tekan terus menghubungi pusat khidmat bantuan.
Disebabkan ini adalah peranti berhubung, ada kemungkinan besar yang jenama lain turut boleh menggunakan produk ini.