Cari @ Amanz

Siri Realme 7 diperkenalkan secara rasmi sekitar beberapa bulan yang lalu. Ia terdiri dengan tiga model berbeza iaitu Realme 7, Realme 7 Pro dan juga Realme 7i. Namun begitu, tidak ada satu model pun yang tersenarai hadir dengan sokongan rangkaian 5G.

Namun begitu, dalam usaha untuk menarik perhatian pengguna. Realme bakal memperkenalkan Realme 7 dalam versi 5G pula. Acara pelancaran rasminya juga turut telah dikongsi – yang mana dijadualkan berlangsung pada 19 November ini. Dapat dilihat, rekaan peranti masih sama seperti model versi asal dan buat masa ini, info berkaitan spesifikasi masih tidak diketahui sepenuhnya.

Namun begitu, peranti ointar ini dikatakan telah tersenarai di laman pensijilan NBTC Thailand dengan nombor model RMX2111. Selain dikatakan, mungkin merupakan peranti yang dijenamakan semula daripada Realme Realme V5 5G dengan janaan cip MediaTek Dimensity 720. Benar atau tidak? Segalanya akan terjawab pada pelancaran rasmi kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd