Samsung Galaxy Watch3 Titanium Dilancarkan Pada Harga RM2499

Samsung Galaxy Watch3 Titanium Dilancarkan Pada Harga RM2499

Diterbitkan pada Nov 12, 2020 oleh .

Samsung Galaxy Watch3 Titanium yang lebih eksklusif berbanding Gaalxy Watch3 biasa akhirnya dilancarkan di Malaysia hari ini pada harga RM2499. Versi ini mempunyai skrin 1.4″ Super AMOLED dengan kaca Corning Glass DX. Di dalam tubuh titanium sebesar 45mm diletakkan pemproses Exynos 9110, memori sebesar 1GB RAM, storan sebesar 8GB, dan bateri sebesar 340 mAh. Tiada perbezaan spesifikasi di sini berbanding model biasa.

Jam mempunyai roda kawalan berputar pada bahagian bezel dan dua butang sisi untuk melancarkan talam aplikasi dan kembali ke muka hadapan. Sistem operasi yang digunakan ialah Tizen Wearable 5.5 yang membolehkan ia digunakan pada peranti Android dan iOS.

Terdapat sensor accelerometer, barometer, gyro , pengimbas nadi optikal, ECG dan cahaya. Ia mempunyai ketahanan kalis air sehingga 5ATM dan melepasi piawaian MIL-STD-810G. Samsung Galaxy Watch3 Titanium akan hanya ditawarkan dalam warna hitam tanpa sokongan LTE.



Paling Popular