Office 2019 Untuk Mac Versi Beta Kini Menyokong Apple Silicon

Office 2019 Untuk Mac Versi Beta Kini Menyokong Apple Silicon

Diterbitkan pada Nov 12, 2020 oleh .

Apple M1 adalah cip pemprosesan terbaru dari Apple berasaskan ARM. Ia dibina dengan rekaan 5nm dan Apple mendakwa cip ini lebih berkuasa dari kebanyakan komputer lain yang berada di pasaran. Disebabkan kebanyakan perisian untuk komputer dibina untuk X86, versi ARM adalah terhad. Jadi pembangun terpaksa hadir dengan versi lain untuk ia boleh digunakan pada Mac Mini, MacBook Air dan MacBook Pro 13 baharu.

Terkini, wakil Microsoft telah menciap yang Office 2019 untuk Mac akan menerima kemas kini beta dalam Beta Channel. Kemas kini ini menambah sokongan Apple Silicon. Office 2019 versi beta yang diedarkan oleh Microsoft ini adalah versi universal. Ini bermakna, pada Mac dengan janaan cip M1 ia sepatutnya boleh digunakan begitu sahaja. Manakala, mac dengan cip Intel mungkin perlu menggunakan Rosetta.



Paling Popular