Gambaran Rekaan Kamera Utama Huawei Nova 8 Dan Honor V40 Tertiris

Gambaran Rekaan Kamera Utama Huawei Nova 8 Dan Honor V40 Tertiris

Diterbitkan pada Nov 12, 2020 oleh .

Huawei Nova 8 SE baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada tempoh hari. Tidak cukup dengan itu, Huawei dikhabarkan akan meluaskan lagi penawaran siri ini dengan model Nova 8 pula. Ia dipercayai hadir dalam dua buah model berbeza – iaitu Nova 8 dan Nova 8 Pro.

Terdapat dakwaan yang tular di media sosial mengatakan gambaran untuk rekaan kamera utamanya kini telah diperlihatkan. Ia dipercayai hadir dengan modul kamera berbentuk bujur bersama sensor utama yang dilihat menjadi titik fokus pada modul berkenaan. Seterusnya, terdapat lagi sejumlah lensa lain di bawahnya.

Menerusi entri yang sama, turut dapat dilihat Honor V40 juga dikhabarkan hadir dengan susunan kamera yang sama. Tetapi, ia akan dilengkapi perumahan kamera berbentuk segi empat tepat. Tapi sayangnya, tiada sebarang maklumat berkaitan konfigurasi kamera untuk kedua-dua model yang ditemui buat masa ini.



Paling Popular