Instagram Mengemaskini Rekaan Tab Menu Dengan Menambah Menu Reels Dan Shop

Instagram Mengemaskini Rekaan Tab Menu Dengan Menambah Menu Reels Dan Shop

Diterbitkan pada Nov 12, 2020 oleh .

Instagram hari ini mengumumkan pengenalan kemaskini pada rekaan antaramuka aplikasi berkenaan, dan akan membawa perubahan kepada rekaan menu utama pada aplikasi tersebut.

Terbaru, kini Instagram akan menambah menu akses pantas kepada ciri Reels, dan juga Shop.

Untuk makluman, pautan Reels memberikan akses pantas kepada kandungan pendek – seumpama TikTok yang diterbitkan pada platform berkenaan, sementara menu Shop pula membawa kepada pilihan produk-produk yang ditawarkan oleh jenama dan penerbit kandungan yang anda gemari.

Perubahan ini diperkenalkan secara berperingkat, dan mungkin mengambil sedikit masa sebelum kita di Malaysia menerimanya – apatah lagi dengan ciri Reels yang belum diperkenalkan meluas di sini.



Paling Popular