Cari @ Amanz

Apple hari ini telah mula menawarkan siri telefon pintar terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu iPhone 12. Empat model ditawarkan dibawah siri iPhone 12 untuk pasaran Malaysia, iaitu iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan juga iPhone 12 Pro Max.

iPhone 12 Mini merupakan telefon bersaiz kompak dengan skrin 5.4-inci, sementara iPhone 12 dan iPhone 12 Pro hadir dengan skrin 6.0-inci. iPhone 12 Pro Max pula menawarkan skrin bersaiz paling besar, iaitu 6.68-inci.

Keempat-empat model ini hadir dijana dengan cip Apple A14 Bionic, selain dilengkapi skrin panel OLED.

iPhone 12 Mini dan iPhone 12 hadir dengan dwi-kamera belakang, sementara dua model lagi menawarkan sensor tambahan dibelakang. iPhone 12 Pro Max turut hadir dengan sensor tambahan LiDAR, selain turut menawarkan sokongan rakaman pada kualiti ProRAW.

Apple iPhone

Di Malaysia, anda boleh mendapatkan iPhone 12 Mini pada harga bermula RM3399, iPhone 12 bermula RM3899, iPhone 12 Pro bermula RM4899, dan akhir sekali iPhone 12 Pro Max bermula RM5299.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd