Skype Kini Menyokong Panggilan Telesidang Sehingga 100 Orang

Skype Kini Menyokong Panggilan Telesidang Sehingga 100 Orang

Diterbitkan pada Nov 13, 2020 oleh .

Skype boleh dikatakan salah satu perkhidmatan yang hampir dilupakan – apatah lagi pada era Perintah Kawalan Pergerakan, ramai lagi menggunakan Zoom, Google Meet, atau perkhidmatan alternatif lain dari Microsoft, iaitu Microsoft Teams.

Tetapi, apa pun, Skype masih mempunyai pengguna setia tersendiri. Terbaru, Microsoft mengumumkan sejumlah pengenalan ciri baru pada Skype, termasuk sokongan sehingga 100 orang dalam panggilan berkumpulan Skype pada sesuatu masa.

Ciri ini disokong pada Skype untuk Windows, Mac, Linux dan juga melalui web.

Bagi anda yang menggunakan Skype, boleh mengemaskini perisian anda hari ini, dan menikmati ciri panggilan berkumpulan yang lebih ramai ini.



Paling Popular