Cari @ Amanz

Selepas beberapa hari tertiris, akhirnya Nokia 8000 4G dan Nokia 6300 4G dilancarkan secara rasmi. Kedua-duanya peranti klasing yang dilancarkan semula dengan rekaan moden. Selain, dilengkapi sejumlah ciri menarik pada titik harga lebih berpatutan.

Nokia 8000 4G dilengkapi panel seakan kaca dengan kemasan logam klasik. Untuk spesifikasi, Nokia 8000 4G didatangkan dengan skrin 2.8-inci, pemproses Snapdragon 210, memori 512MB RAM dan storan dalaman 4GB. Seterusnya, ia turut dilengkapi kamera utama 2-Megapixel, bateri 1,500mAh yang boleh ditanggalkan dan menjalankan sistem operasi KaiOS dan dipasang dengan KaiStore. Untuk harga, Nokia 6300 4G dijual pada €79 (~RM385).

Nokia 6300 4G pula diilhamkan daripada versi asal dengan binaan berasaskan polikarbonat. Untuk spesifikasi ia hadir dengan skrin 2.8-inci, cip Snapdragon 210, memori 512MB RAM dan storan dalaman 4GB. Bateri pula berkapasiti 1,500mAh. Ia turut dilengkapi sebuah kamera VGA selain menjalankan sistem operasi KaiOS dan dipasang dengan KaiStore. Untuk harga, Nokia 6300 4G dijual pada €49 (~RM239).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd