Galaxy S21 Ultra Dijangka Akan Menyokong S-Pen

Diterbitkan pada Nov 13, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung sedia diperkatakan bakal memperkenalkan telefon mercu mereka pada awal Januari 2021 kelak, sekaligus membolehkan mereka memasuki pasaran dengan lebih pantas berbanding kebiasaan sebelum ini.

Selari dengannya, kita sedia mendengar beberapa desas-desus berkaitan model-model yang bakal dilancarkan. Terbaru, hadir desas-desus baru berkaitan dengan Galaxy S21 Ultra – iaitu model paling mercu antara kesemuanya, mengatakan ia akan menyertakan sokongan S-Pen.

Desas-desus berkaitan sokongan S-Pen pada model Galaxy S telah kedengaran sejak beberapa bulan lepas – dan ada yang mengatakan ia mungkin akan membawa kepada perubahan lebih drastik pada siri Note tahun hadapan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Samsung akan menyertakan S-Pen secara terbina pada siri Galaxy S ini, atau perlu membelinya secara berasingan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami