YouTube sering hadir dengan video rangkuman tahunan pada penghujung tahun, dinamakan sebagai YouTube Rewind. Melaluinya, mereka melihat kepada sejumlah trend dan kandungan yang dikongsikan melalui YouTube, dan pada masa yang sama mengetengahkan pelbagai penerbit kandungan menarik di platform tersebut.

Apa pun, untuk tahun 2020 ini, YouTube kini mengumumkan mereka tidak akan menerbitkannya. Youtube mengatakan tahun 2020 ini adalah berbeza berbanding kebiasaan, dan mereka tidak rasa ia sesuai untuk menerbitkannya pada tahun ini.
Dengan pengumuman ini, kita hanya akan melihat rangkuman YouTube Rewind ini pada tahun hadapan – sekiranya ia diteruskan.