YouTube Music Akan Hadir Dengan Ciri Senarai Main Muzik Tahunan Seakan Spotify

YouTube Music Akan Hadir Dengan Ciri Senarai Main Muzik Tahunan Seakan Spotify

Diterbitkan pada Nov 13, 2020 oleh .

Walaupun saya ada melanggan Tidal, Spotify, Apple Music dan YouTube Music, sehingga hari ini Spotify masih menjadi kegemaran. Ini kerana Spotify sudah matang, ia padat dengan ciri dan fungsi menarik dan banyak lagi. Antara fungsi kegemaran saya adalah Wrapped, iaitu senarai muzik yang dijana secara automatik berdasarkan apa yang kita dengar sepanjang satu tahun.

YouTube Music yang baru sahaja ingin bersaing dalam arena penstriman muzik, turut ingin hadir dengan fungsi yang sama. Beberapa pengguna dilihat mula menerima akses untuk My 2020 Year in Review. Ia adalah senarai main yang dijana automatik berdasarkan muzik yang telah didengari sepanjang tahun 2020.

Berdasarkan imej yang diberikan sumber, senarai main ini apabila sudah tersedia akan muncul di skrin utama YouTube Music. Anda boleh semak sama ada senarai amin ini sudah tersedia untuk anda atau pun tidak melalui pautan di bawah.

YouTube Music My 2020 Year in Review



Paling Popular