RedMagic adalah jenama yang menghasilkan telefon pintar memfokuskan permua. Ia juga dijual pada harga mampu milik, menawarkan spesifikasi hebat, teknologi sistem penyejukan tersendiri dan banyak lagi. RedMagic turut kerap hadir dengan pelbagai aksesori bagi melengkapkan ekosistem seakan ROG Phone.
Terkini, Cyberpods telah dilancarkan pula. Ia adalah set fon telinga nirwayar sebenar (TWS) dengan masa pendam yang rendah. Bukan itu sahaja, TWS ini turut mempunyai sistem RGB yang digelar atmospheric lighting. Untuk masa pendam rendah, ia hanya boleh digunakan dengan peranti RedMagic sahaja dengan kadar 39ms. Jika ditambat pada peranti lain, pengguna hanya akan menerima 60ms masa pendam. RGB pula terbina pada pod pengecasan dan fon telinga itu sendiri. Pada pod pengecasan ia akan bernyala memaparkan status bateri dan pada fon telinga untuk bergaya.
Bateri hanya 4 jam untuk penggunaan berterusan dan 16 jam dengan pod pengecas. Masa pengecasan sedikit mengecewakan iaitu 2 jam untuk penuh. Kemudian untuk codec, ia menyokong SBC dan AAC sahaja. Akhir sekali, harga jualan bagi Cyberpods adalah sekitar RM207.