Pra-tempah tempatan untuk Sony PlayStation 5 telahpun bermula semalam, dimana ia merupakan konsol permainan video yang cukup berkuasa sekali, dan mampu menyokong permainan pada resolusi 4K.
Akan tetapi, satu isu yang dihadapinya ialah ia tidak menyokong resolusi QHD ataupun 2560×1440, yang mana penggunaannya semakin meningkat khususnya dikalangan mereka yang gemar bemain permainan komputer.
MSI, syarikat teknologi dari Taiwan kini telah menemui satu solusi untuk isu tersebut, dengan memperkenalkan Console Mode pada beberapa paparan terpilih mereka.
Melalui Console Mode ini, paparan-paparan MSI boleh menerima isyarat 4K tanpa masalah dan menggunakannya pada resolusi QHD tanpa masalah. Lebih menarik lagi, ia menyokong isyarat HDR juga, yang meningkatkan mutu pengalaman bermain permainan di konsol-konsol ini.
Berikut adalah senarai paparan skrin MSI yang menyokong Console Mode ini:
- MSI MPG Artymis 343CQR
- MSI Optix MPG341CQR
- MSI Optix MPG341CQRV
- MSI Optix MAG342CQR
- MSI Optix AG321CQR
- MSI Prestige 321QR
- MSI Optix MAG274QRF-QD
- MSI Optix MAG274QRF