Amazon Hadir Dengan GameOn – Aplikasi Untuk Kongsi Klip Dari Permua

Amazon Hadir Dengan GameOn – Aplikasi Untuk Kongsi Klip Dari Permua

Diterbitkan pada Nov 13, 2020 oleh .

Terdapat banyak aplikasi di luar sana untuk membuat rakaman skrin pada telefon pintar agar boleh berkongsi dengan rakan. Aplikasi sebegini kebiasaannya popular di kalangan pemain permua. Ini kerana mereka boleh tunjuk apa yang berlaku ketika tewas atau berkongsi kegembiraan kerana menang.

Amazon baru-baru ini telah hadir dengan GameOn. Ia adalah aplikasi Android yang boleh merakam skrin ketika sedang bermain permua. Ia hanya boleh merakam maksima 5 minit sahaja dengan durasi minima serendah 30 saat. Setiap klip yang dirakam akan disimpan dalam peranti sendiri dan jika ingi membuat suntingan, aplikasi ini hadir dengan penyunting terbina.

Setiap klip yang selesai dirakam dan disunting akan disimpan dalam peranti pengguna. GameOn turut menawarkan fungsi seakan media sosial yang mana pengguna akan ada profil sendiri, rakan boleh berikan komen, sertai cabaran dan menangin lencana dari dalam aplikasi, menambah kapsyen atau juga membuat komentar klip video sendiri dengan swafoto.

GameOn turut hadir dengan fungsi Recall. Ia adalah fungsi yang merakam saat akhir dalam permua. Pengguna sendiri kemudiannya boleh sunting untuk mencari adegan mana dan durasi mana untuk disimpan. Aplikasi ini akan tiba ke iOS, tetapi pengguna Android sudah boleh memuat turunnya di Play Store.

Muat Turun GameOne Di Play Store



Paling Popular