Carian
Porsche Renndienst Diperlihatkan – Van Elektrik 2018 Porsche Yang Dibatalkan
November 13, 2020 Fahim Zahar

Porsche adalah jenama kereta mewah dari Jerman. Jenama ini terkenal dengan kereta seperti Cayenne atau 911 Carrera S. Kenderaan-kenderaan dari Porsche kebiasaannya adalah untuk mereka yang bangsawan, berdua atau bersendirian. Tetapi pada tahun 2018, percaya atau tidak yang Porsche pernah ingin hadir dengan sebuah van elektrik.

Van ini disasarkan untuk penggunaan keluarga, yang mana boleh muat sehingga enam orang. Nama van ini adalah Porsche Renndienst. Ia menggunakan rekaan seakan shuttle kapal angkasa dan futuristik. Tetapi sayang sekali, Renndienst tidak direalisasikan dan hanya menjadi konsep sahaja. Dalam van ini, ia menyertakan kabin yang modular, kerusi pemandu berada di tengah, dan mempunyai ruang yang luas untuk seisi keluarga.

Walaupun ia adalah van untuk keluarga, ia adalah satu produk teknologi menarik. Segala elektrik di dalam van ini terbina di bawah kenderaan dan pengalaman sebuah kenderaan Porsche turut dikekalkan. Rekaan ini didedahkan oleh Porsche sendiri melalui Porsche Unseen. Porsche Unseen membawakan 15 rekaan kenderaan yang dihasilkan dari 2005 sehingga 2019.

Komen