Lancôme, Xiaomi Dan OnePlus Mencatatkan Jualan Melangkaui RM1 Juta Di Lazada Pada 11.11

Lancôme, Xiaomi Dan OnePlus Mencatatkan Jualan Melangkaui RM1 Juta Di Lazada Pada 11.11

Diterbitkan pada Nov 13, 2020 oleh .

Lazada Malaysai kini telah mengeluarkan beberapa data menarik berkaitan jualan 11.11 yang diadakan pada minggu ini. Menurut Lazada, jualan 11.11 pada tahun 2020 ini sekali lagi berjaya memecahkan rekod mereka, mengatasi angka jualan pada 2019 yang lepas.

Menurut Lazada, sejumlah jenama berjaya mencatatkan rekod mereka tersendiri melalui platform Lazada. Antaranya adalah Lancôme, Xiaomi Global dan juga OnePlus Flagship Store – yang mana, masing-masing berjaya mencatatkan rekod jualan sehari mengatasi RM1 juta.

Lazada turut mengatakan PKS yang menyertai Lazada sejak bulan Mac lepas turut kini menjadi lebih 40% daripada penjual aktif, dan telah berjaya menjual lebih 680,000 barangan pada tarikh sama.

Disamping pada platform edagang, Lazada turut berjaya menawarkan pengalaman baik untuk penghantaran, dan mengatakan telah menghantar lebih 50,000 tempahan dalam masa 24 jam selepas jualan 11.11.

Bagi anda sendiri, adakah anda berbelanja di Lazada pada 11.11 yang lepas?



Paling Popular