Cari @ Amanz

Tahun ini menyaksikan sedikit keunikan apabila iPhone dilihat sehingga 4 model untuk peranti terkini mereka. Boleh dikatakan, ini adalah kali pertama Apple berbuat demikian dan salah satu daripadanya adalah iPhone 12 mini. ‘Peranti 5G paling kecil di dunia’ – inilah apa yang dikatakan oleh Apple ketika acara pelancaran peranti ini tempoh hari.

Melalui model baharu ini, kita dapat lihat Apple kini sertai revolusi 5G seiring dengan pengeluar lain termasuk Samsung dah Huawei yang kini sedia hadir dengan peranti dengan spesifikasi sebegini. Ini adalah artikel pandang pertama kami untuk peranti ini.


Spesifikasi Dan Rekaan

iPhone 12 Mini
Skrin5.4 ″ Super XDR Retina OLED,
60Hz, HDR10
PemprosesApple A14 Bionic (5nm)
Cip2 x 3.1 GHz Firestorm
4 x 1.8 GHz Icestorm
Cip GrafikApple GPU
RAM4 GB
Muatan Dalaman64/128/256 GB NVMe
Kamera Utama12 + 12 Megapixel
f/1.6 + f/2.4
Sudut Lebar, Sudut Ultra Lebar
Kamera Swafoto12 Megapixel f/2.2
Bateri2227 mAh
Pengecasan berwayar 20W (PD)
Pengecasan MagSafe 15W
Pengecasan Nirwayar 7.5W (Qi)
SIM/TelefoniNano + eSIM & 5G
NFCYa
Bicu AudioTiada
Kalis AirIP68
Sistem ImbasanFace ID
Harga JualanBermula dari RM3,399

Paparan

Dari segi rekaan, iPhone dilihat seakan mengembalikan semula rekaan klasik mereka – yang kita boleh lihat pada iPhone 4, iPhone 5S dan iPhone SE generasi pertama. Ia menampilkan rekaan sisi berkotak yang kemas. Pada panel hadapan, anda akan disajikan skrin sebesar 5.4-inci OLED dengan teknologi Super Retina XDR. Resolusi yang digunakan pula adalah 1080 x 2340 piksel dengan kepadatan piksel sebanyak 475PPI. Seterusnya, kita dapat lihat Apple masih tidak boleh lari daripada penggunaan takuk. Melaluinya, takuk yang besar masih dikekalkan pada bahagian atas skrin – bertujuan bagi memuatkan sensor 3D untuk sistem Face ID.

Bagi pengguna sedia ada iPhone terkini, mungkin kewujudan takuk ini bukanlah satu masalah yang besar. Namun berbeza bagi sejumlah pengguna jenama lain yang mungkin berpindah dari iPhone 8 atau SE misalnya. Trend terkini untuk kebanyakan peranti di pasaran tidak lagi menyertakan penggunaan takuk pada peranti. Rekaan lain seperti bezel dilihat seimbang dengan ketebalan yang sama. Skrinnya yang raya juga dengan sebahagian sisi bulat menjadikannya kelihatan cukup kemas.

Rekaan

Susun atur butang standard kelihatan masih diletakkan pada lokasi yang sama. Sisi kanan terdapatnya butang kuasa, sementara sisi kiri pula terdapat butang untuk laras suara dan suis membisukan peranti. Pada sisi kiri juga anda akan temui slot untuk SIM dengan sokongan dwi-sim bersaiz Nano. Kemudian, boleh dilihat terdapatnya post pengecasan Lighting pada bahagian bawah yang diletakkan bersama-sama dua pembesar suara. Seperti biasa, tiada bicu audio 3.5mm di sini dan perlu kami ingatkan, di dalam kotak tiada langsung penyesuai bicu audio yang didatangkan bersama. Anda perlu mendapatkannya secara berasingan.

Prestasi Dan Penggunaan

Seterusnya, iPhone 12 Mini menggunakan pemproses Apple A14 Bionic enam teras. Cip ini hadir dengan rekaan binaan berasaskan 5nm dan ketika dilancarkan ia merupakan antara yang terawal dalam industri peranti-pintar hadir dengan binaan sebegini. Melaluinya, ia menjanjikan kuasa pemproses CPU sebanyak 40% lebih tinggi. Selain, 4-teras GPU yang menawarkan peningkatan grafik sebanyak 30%.

Untuk unit kami terima, ia digabungkan dengan RAM sebesar 4GB dan storan dalaman 256GB. Sistem operasi iOS14 digunakan dengan antaramuka asas sebuah produk Apple. Seperti sedia tahu, iOS 14 dilihat hadir dengan sejumlah penambahbaikan – ia termasuklah App Library, App Clips, widget pada skrin utama, mod picture-in-picture dan banyak lagi.

Penggunaan ringkas kami mendapat, pertama kali peranti ini berada di genggaman tangan perlu akui ia terasa cukup selesa. Binaan peranti yang kompak dan ringan, bahkan lebih ringan berbanding iPhone SE 2020 membuatkan ia begitu selesa sahaja untuk dibawa ke mana-mana. Meletaknya ke dalam poket juga tidak memberi sebarang masalah.

Paparan juga kelihatan tajam dan terang. Meskipun ia hanya menyokong paparan dengan kadar segar semula standard. Boleh katakan, pengalaman penggunaan yang baik boleh dirasai di sini. Tatalan pada skrin peranti terasa lancar dan stabil. Malah, sentuhan jari juga dapat dikesan dengan baik tanpa sebarang masalah.

Kamera

Bergerak pula ke kamera, sokongan dwi-kamera, flash dan sensor khas bersama saiz modul yang besar dapat dilihat di sini. Susunannya masih sama dan penggunaan lensa yang besar serta terkeluar juga masih ada. Oleh itu, masalah yang sama seperti sebelum ini turut dialami oleh kami. Di mana, peranti sukar diletakkan dengan rata pada permukaan meja. Ini sekaligus, boleh membuatkan lensa kamera utama ini mudah terdedah kepada calar jika tidak kerangka tidak digunakan. Untuk konfigurasi, ia terdiri dengan 12-Megapixel + 12-Megapixel pada lensa utama. Manakala, kamera hadapan juga dilengkapi lensa sebesar 12-Megapixel.

Kesimpulan

Kesimpulannya di sini, iPhone 12 Mini sesuai untuk mereka yang menginginkan peranti kompak dan kecil. Selain menjanjikan prestasi yang lancar, ia juga menawarkan sejumlah naik taraf yang berbaloi. Binaan yang premium, tiada lagi masalah skrin melimpah melalui binaan berkotak, prestasi lancar melalui cip A14 Bionic dan kalis air IP68 adalah antara penawaran menarik boleh anda dapat. Tapi, masalahnya di sini. Apple tidak lagi menyertakan pengecas dan fon telinga pada kotak pembelian kali ini. Ia menimbulkan sedikit kesukaran kepada pengguna baru yang mahu berjinak dengan produk iPhone.

Pro

  • Binaan premium, kompak dan selesa untuk dipegang.
  • Prestasi lebih lancar dengan cip A14 Bionic.
  • Skrin yang terang dan cantik.
  • Face ID pada peranti yang kecil.

Kontra

  • Takuk besar masih digunakan.
  • Saiz bonjol kamera yang besar menyukarkan peranti diletakkan secara rata.
  • Tiada pengecas & fon telinga disertakan dengan pembelian.
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd