Cari @ Amanz

Apple pada minggu ini telah mula menawarkan kemaskini sistem operasi terbaru mereka, iaitu macOS Big Sur. Berasma-sama dengannya, ia menawarkan sejumlah penaik-tarafan, termasuk kini menyertakan elemen rekaan berasaskan iPadOS dan iOS.

Perkara ini sekaligus membawa kepada spekulasi yang mana Apple bakal hadir dengan Mac dengan skrin sentuh mungkin hadir tidak lama lagi. Spekulasi ini turut diperkukuhkan dengan sebuah grafik berkaitan widget yang dipaparkan pada App Store, yang memperlihatkan animasi seumpama skrin sentuh pada Mac.

Apa pun, Apple kini telah menggantikan animasi tersebut.

Buat masa ini, Apple menawarkan iPad Pro yang menawarkan sejumlah ciri-ciri memfokuskan produktiviti – dan boleh dikatakan ia adalah yang paling hampir dengan penawaran “Mac berasaskan skrin sentuh”.

Tetapi, dengan peralihan Mac menggunakan cip ARM, kita mungkin melihat lebih banyak ciri baru hadir ke Mac, termasuk tidak mustahil kita melihat ciri selular turut hadir ke komputer riba berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd