Amerika Syarikat Melanjutkan Tarikh Jualan TikTok Sehingga 27 November

Amerika Syarikat Melanjutkan Tarikh Jualan TikTok Sehingga 27 November

Diterbitkan pada Nov 14, 2020 oleh .

Sejak beberapa bulan yang lepas, kita telah melihat pentadbiran Trump memaksa syarikat disebalik TikTok untuk menjual perniagaan mereka kepada syarikat di Amerika Syarikat, atau mengambil risiko aplikasi tersebut diharamkan dinegara berkenaan.

Pada awalnya, TikTok diberikan tarikh sehingga 12 November 2020 untuk menyelesaikan proses jual-beli, namun kini Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat melanjutkannya sehingga 27 November 2020 kelak.

TikTok Amanz

Sebelum ini, TikTok telah mengatakan mereka akan memilih Oracle sebagai rakan kerjasama di Amerika Syarikat, dan akan turut membuka ibu pejabat di negara berkenaan. Apa pun, status untuknya masih tidak selesai sepenuhnya lagi – apatah lagi arahan yang mengatakan Bytedance tidak boleh mempunyai pegangan majoriti dan sebagainya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan sehingga 27 November untuk melihat lanjut berkaitan status TikTok di Amerika Syarikat – dan apakah langkah pihak Bytedance untuk menyelesaikan masalah ini.



Paling Popular