Xiaomi Bakal Memperkenalkan Telefon Redmi Dengan Bateri 6000mAh Tidak Lama Lagi

Xiaomi Bakal Memperkenalkan Telefon Redmi Dengan Bateri 6000mAh Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Nov 14, 2020 oleh .

Pada hari ini, kita sedia melihat sejumlah telefon pintar yang hadir dengan bateri berkapasiti sehingga 5000mAh. Ini sekaligus membuatkan beberapa pengeluar mula merekabentuk peranti dengan kapasiti lebih besar, sekaligus menawarkan masa penggunaan lebih lama.

Terbaru, Xiaomi dilihat dalam persiapan memperkenalkan sebuah telefon pintar dibawah jenama Redmi, yang akan hadir dengan bateriĀ  6000mAh.

Telefon ini telah pun melepasi pengesahan Tenaa (badan seumpama Sirim di China), sekaligus memperlihatkan ia akan hadir dengan pengimbas cap jari pada bahagian tepi peranti, dan rekaan bahagian kamera seumpama pada siri telefon Samsung.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah nama peranti ini, dan bilakah akan dilancarkan secara rasminya.



Paling Popular