Laman sosial seperti Instagram dan TikTok mengehadkan penggunaan atau perkongsian pautan, sekaligus anda hanya boleh menyertakan hanya satu pautan sahaja pada bahagian bio di profil. Ini sekaligus akan membuatkan anda perlu mengubah pautan URL setiap kali ingin melakukan perkongsian baharu.

Untuk memudahkan perkara berkenaan, salah satu perkhidmatan yang menawarkan khidmat urusan pautan adalah Socl.
Socl membolehkan anda mencipta profil, dan seterusnya menyenaraikan sejumlah pautan dibawah anda. Ini bukan terhad kepada pautan berbentuk sosial sahaja, tetapi juga ke halaman jualan dan sebagainya. Pengguna boleh menambah gambar untuk pautan, selain pada masa yang sama turut menyemak jumlah klik ke pautan yang diterima melalui profil anda.

Socl ditawarkan secara percuma. Ia masih pada peringkat beta buat masa ini, dan dibangunkan di Malaysia. Bagi anda yang mempunyai cadangan sebarang ciri baharu, boleh meninggalkan komen dibawah, dan ia akan terus ditambah-baik dari masa ke semasa.
- Info
- Layari : Socl.co