Cari @ Amanz

Percaya atau tidak, di luar sana ada yang tidak gemar menggunakan set fon kepala/telinga. Golongan ini lebih gemar menggunakan pembesar suara dan tidak suka akan ada objek lain berada di sekitar kepala atau di telinga. Noveto SoundBeamer 1.0 mungkin adalah jalan penyelesaian untuk golongan ini.

Noveto SoundBeamer 1.0 adalah pembesar suara yang memancar audio terus ke telinga pengguna. Ini bermakna jika ada audio sedang dimainkan dengan pembesar suara ini, hanya pengguna yang berada di hadapan produk sahaja akan mendengarnya dan orang di sekeliling hanya akan dengar seakan bisikan. Audio di pancar ke telinga pengguna seakan mereka memakai set fon telinga yang lutsinar.

Pembesar suara ini masih lagi dalam pembangunan, Noveto menyasarkan untuk melancarkan SoundBeamer 1.0 pada Disember 2021. Ia adalah pembesar suara Bluetooth yang boleh digunakan pada mana-mana peranti. Noveto turut akan melesenkan teknologi SoundBeaming mereka ke pihak ketiga bagi mengembangkan lagi pilihan produk.

Pembesar suara ini memuatkan banyak sensor untuk menjejak pengguna. Audio yang dihasilkan pula adalah jenis ultrasonik dan bukannya audio yang biasa. Adakah anda berminat dengan produk sebegini?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd