Cari @ Amanz

Pada pertengahan tahun ini, Tenaga Nasional (TNB) telah mengatakan bakal memperluaskan pemasangan meter pintar ke seluruh negara. Kini, selari dengannya, melalui laman sosial TNB, mereka mengatakan bakal memasang TNB Smart Meter di rumah anda tidak lama lagi.

Meter Pintar TNB telah sedia diuji disejumlah kawasan perumahan, dimana ia menyertakan beberapa kelebihan tersendiri. Antaranya termasuklah melihat dan memantau penggunaan dalam bentuk masa-nyata, melihat bil semasa, mengawal trend penggunaan, dan sebagainya.

TNB Meter Pintar

Sebelum ini, TNB telah mengatakan mereka akan memasang meter pintar di kawasan Lembah Klang terlebih dahulu sebelum memperluaskannya ke seluruh negara. Dengan perkongsian terbaru TNB ini, sama-sama kita nantikan lanjut perkembangan berkaitan penawaran meter pintar untuk rumah tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd