Vivo Wireless Sport Earphone Berharga RM299 Di Malaysia

Vivo Wireless Sport Earphone Berharga RM299 Di Malaysia

Diterbitkan pada Nov 16, 2020 oleh .


Vivo kini menawarkan satu lagi aksesori audio untuk pasaran tempatan. Dikenali sebagai Vivo Wireless Sport Earphone, fon telinga ini dijual pada harga RM299 seunit. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi sejumlah platform berbeza termasuk kedai rasmi Vivo , Lazada dan juga Shopee .

Fon telinga ini hadir dengan rekaan gelung leher bersama fon jenis dalam telinga dan teknologi pembatalan hingar digital untuk pengalaman penggunaan lebih baik semasa melakukan panggilan suara. Seterusnya, ia turut mempunyai perlindungan kalis air IP55, selain turut sesuai digunakan untuk bersukan. Spesifikasi lain termasuklah sokongan bluetooth 5.0, bateri 129mAh serta sokongan Hi-Res Audio menggunakan CODEC LDAC untuk kualiti bunyi yang baik.



Paling Popular