Cari @ Amanz

SpaceX Crew-1 berjaya dilancarkan pada pagi ini di Cape Canaveral, menandakan buat kali pertama sejak 2011 NASA menghantar krew lengkap ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) secara kendiri. Sejak sembilan tahun lalu mereka bergantung kepada Rusia selepas Space Shuttle berhenti beroperasi akibat risiko keselamatan.

Pelancaran Crew-1 amat dinantikan selepas kejayaan misi Demo-2 pada Mei lalu bagi membuktikan kapal angkasa Crew Dragon mampu membawa penumpang dengan selamat ke ISS. Tidak seperti Demo-2 yang hanya membawa dua angkasawan NASA, Crew- 1 membawa tiga angkasawan NASA dan satu angkasawan JAXA dari Jepun. Keempat-empat anak kapal kini dalam perjalanan ke ISS dan dijangka tiba ke destinasi esok.

SpaceX diberikan kontrak melancarkan enam lagi misi ke ISS kesemuanya dengan roket Falcon-9 yang dikitar semula. Pasca pelancaran Crew-1 awal pagi ini, roket Falcon-9 yang digunakan berjaya mendarat semula ke bumi tanpa masalah. Dengan menggunakan roket yang boleh dikitar semula, kos pelancaran adalah lebih rendah dan lebih banyak misi dalam dilancarkan dengan kerap.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd