MacBook Dengan Cip M1 Lebih Pantas Berbanding MacBook Intel Walaupun Menggunakan Rosetta 2

MacBook Dengan Cip M1 Lebih Pantas Berbanding MacBook Intel Walaupun Menggunakan Rosetta 2

Diterbitkan pada Nov 16, 2020 oleh .

Pada minggu lalu, kami telah melaporkan bahawa ujian penanda-aras awal memperlihatkan prestasi SoC Apple M1 yang digunakan pada peranti-peranti Mac yang baru, termasuklah MacBook Air, MacBook Pro 13 dan juga Mac Mini.

Terkini, perisian penanda-aras GeekBench X86 yang dilagakkan menggunakan Rosetta 2 memperlihatkan skor yang cukup tinggi juga, pada 1313 untuk ujian satu teras dan 5888 untuk ujian multi-teras.

Oleh kerana perisian tersebut harus digerakkan dengan sebuah perisian yang lain, penurunan dari segi prestasi adalah dijangka. Apa yang menarik di sini ialah skor yang diperlihatkan masih lagi lebih tinggi berbanding dengan MacBook yang dikuasakan Intel walaupun jika dibandingkan dengan model tahun ini.

Ini termasuklah komputer-komputer seperti iMac yang dikuasakan CPU Intel Core i9-10910 dan Intel Core i9-9900K yang pada tahun lepas dikatakan sangat berkuasa sekali.



Paling Popular