Cari @ Amanz

Kemaskini Big Sur Dilaporkan Mengakibatkan MacBook Pro Lama Gagal Beroperasi

Link Copied!

Kemaskini macOS Big Sur membawakan perubahan paling besar pada antaramuka yang kini lebih seragam dengan iOS dan iPadOS. Selepas kemas kini diberikan minggu lalu, mula kedengaran masalah yang dialami oleh pemilik MacBook Pro model lama.

Menurut laporan MacRumors, pengguna MacBook Pro 13″ penghujung 2013 dan pertengahan 2014. Masalah yang berlaku ialah selepas kemas kini, komputer riba hanya memaparkan skrin hitam. Pelbagai usaha untuk mengembalikan komputer riba ke versi terdahulu menemui jalan buntu sehingga terpaksa dihantar ke Apple untuk proses baik pulih.

Masalah ini telahpun diunjurkan ke Apple untuk tindakan segera. Kepada pengguna dua model MacBook Pro ini, anda disarankan untuk menangguhkan proses kemas kini sehingga isu berjaya diselesaikan.


Komen ()