Carian
Mibro Air Adalah Jam Tangan Pintar Asas Dalam Ekosistem Xiaomi
November 16, 2020 Fahim Zahar

Xiaomi ada banyak syarikat yang bekerjasama dengan mereka. Ada yang membantu menghasilkan produk Xiaomi sendiri, ada yang menerima pelaburan dari Xiaomi dan ada juga yang menghasilkan produk sendiri untuk menyokong ekosistem dari Xiaomi – iaitu Mi Home.

Terkini sepasang jam tangan pintar asas baharu dilancarkan, iaitu Mibro Air. Ia adalah salah sat produk dalam ekosistem Xiaomi juga. Mibro Air ini dilihat mirip dengan Mi Watch Color sahaja. Ia adalah jam dengan bahan binaan besi, rekaan unibody, ada perlindungan IP68, skrin TFT 1.28-inci bulat, skrin dengan nisbah skrin-ke-badan 95% dan bateri 2000mAh yang boleh bertahan selama 10 hari.

Ia menggunakan sistem operasi tersendiri dengan ikon yang besar bagi memudahkan pengguna lihat. Ada 12 mod sukan terbina, sokongan pemantauan tidur, mengimbas nadi, serta mempunyai aplikasi tersendiri Mibro Fit yang mirip dengan Mi Fit. Harga jualan adalah $59.99, tetapi mereka membuat promosi pada harga $39.99. Harga ini adalah sekitar RM165 – RM247, yang mana agak baik untuk kategori jam seperti ini.

Tidak pasti ia akan dijual di pasaran tempatan ataupun tidak, tetapi nampak gayanya ia dilancarkan untuk pasaran global.

Komen