Spesifikasi Siri Samsung Galaxy S21 Tertiris – Kamera 108MP, One UI 3.1, 5000mAh Dan Snapdragon 875

Spesifikasi Siri Samsung Galaxy S21 Tertiris – Kamera 108MP, One UI 3.1, 5000mAh Dan Snapdragon 875

Diterbitkan pada Nov 16, 2020 oleh .

Samsung Galaxy S21 akan menjadi antara peranti terawal dengan Snapdragon 875. Ia juga akan dilancarkan seawal Januari ini. Beberapa spesifikasi sebelum ini tertiris memperlihatkan rekaan yang unik. Modul kamera digabungkan di sisi peranti. Terkini, Android Police telah mendedahkan spesifikasi ketiga-tiga peranti Galaxy S21.

Galaxy S21 dan Galaxy S21+ akan menggunakan skrin 6.2-inci dan 6.7-inci 120Hz LTPS FHD+. Sistem kamera adalah sama, iaitu 12+12+64 Megapixel, tetapi tiada informasi kamera swafoto. Bateri adalah 4000mAh dan 4800mAh, menggunakan Bluetooth 5.1, 5G, WiFi 6, menjalankan sistem operasi One UI 3.1 Android 11, dan dijana dengan Snapdragon 875 atau Exynos 2100.

Galaxy S21 Ultra pula adalah lebih kurang sama. Tetapi skrin adalah 6.8-inci QHD+ 120Hz adaptif, bateri 5000mAh, 12MP + 108MP + 10MP 3x Optikal + 10MP 10x Optikal dan akhir sekali ia menyokong WiFi 6E. Pilihan warna juga adalah serba baharu, iaitu Phantom Violet, Phantom Pink, Phantom Gray, Phantom White, Phantom Silver dan Phantom Black.



Paling Popular