JomParking Tawar Parkir Percuma 2 Jam Di Kawasan DBKL Sehingga 21 November 2020

JomParking Tawar Parkir Percuma 2 Jam Di Kawasan DBKL Sehingga 21 November 2020

Diterbitkan pada Nov 16, 2020 oleh .

JomParking, salah satu aplikasi yang memudahkan pengguna untuk membuat pembayaran tempat letak kenderaan. Malah, baru-baru ini mereka turut telah mengumumkan kerjasama dengan pihak DBKL untuk membolehkan aplikasi mereka digunakan dikawasan tempat letak kenderaan DBKL.

Selari dengannya, kini JomParking turut hadir dengan promosi sehingga 21 November 2020 kelak, membolehkan pengguna meletakkan kenderaan dikawasan DBKL, dan menerima tempoh letak kenderaan selama 2 jam secara percuma.

Promosi ini ditawarkan antara pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari, dan hanya untuk 300 orang pengguna setiap hari.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak promosi ini dengan memuat-turun aplikasi JomParking di iPhone dan peranti Android anda hari ini.



Paling Popular