Cari @ Amanz

Kementerian Perummahan dan Kerajaan Tempatan kini telah mengumumkan garis panduan untuk pemberian pinjaman secara atas-talian, atau turut dinamakan sebagai kredit komuniti.

Melaluinya kelak, pengguna boleh membuat permohonan pinjaman mikro secara atas-talian, dan menerimanya dengan lebih pantas berbanding kebiasaan. Pinjaman ini lebih ditujukan kepada syarikat kecil dan sederhana, selain untuk individu.

Selari dengan pelancaran garis panduan, sebanyak lapan syarikat telah diumumkan yang mana akan menawarkan pinjaman secara atas-talian ini. Antaranya adalah termasuk Axiata, BigPay dan juga Grab.

Buat masa ini, setiap pihak terlibat ini masih belum berkongsi lanjut berkenaan dengan penawaran masing-masing – termasuk kadar faedah dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd