Realme Mengacah Kehadiran Satu Lagi Peranti Baharu Untuk Pasaran Malaysia Dibawah Siri-C

Realme Mengacah Kehadiran Satu Lagi Peranti Baharu Untuk Pasaran Malaysia Dibawah Siri-C

Diterbitkan pada Nov 16, 2020 oleh .


Realme hari ini telah memuat naik satu poster acah menerusi laman media sosial mereka yang memberi gambaran bahawa sebuah lagi peranti baharu bakal tiba di pasaran tempatan. Bagaimanapun, entri berkenaan tidak mendedahkan sebarang butiran mengenai nama model.

Sebaliknya, imej yang dikongsi hanya memperlihatkan nombor ‘6000’ bersama latar belakang bewarna hitam. Seterusnya, turut kelihatan adalah rekaan kamera dengan jumlah sebanyak empat lensa – sekaligus memberi gambaran bahawa peranti pintar ini berkemungkinan hadir dengan sokongan empat lensa utama dan bateri kapasiti 6,000mAh.

Melalui entri tersebut juga, terdapatnya kapsyen yang bertulis “๐‘ฎ๐’–๐’š๐’”! ๐‘ช-๐’˜๐’‰๐’ ๐’Š๐’” ๐’„๐’๐’Ž๐’Š๐’๐’ˆ ๐’๐’ ๐’Š๐’•๐’” ๐’˜๐’‚๐’š!”. Melalui penggunaan huruf “C” padanya turut memberi bayangan ianya mungkin dilancarkan di bawah siri Realme C kelak. Buat masa ini, tiada maklumatย lanjut tarikh pelancaranย yang dikongsi. Akan tetapi, Realme pasti akan berkongsi mengenainya dalam masa terdekat ini.



Paling Popular