Google Chrome Untuk Android Bakal Paparkan Video Tutorial Cara Penggunaan

Google Chrome Untuk Android Bakal Paparkan Video Tutorial Cara Penggunaan

Diterbitkan pada Nov 16, 2020 oleh .

Google Chrome adalah aplikasi pelayar web yang menarik digunakan. Ia digemari ramai kerana ia padat dengan banyak ciri dan fungsi serta data-data boleh diselarikan secara rentas peranti. Tetapi kelak mungkin ia akan menjadi lebih serabut, kerana akan ada video khas dipaparkan pada halaman utama aplikasi pelayar web ini.

Chrome Story mendedahkan yang Google sedang bersiap sedia untuk paparkan video tutorial cara penggunaan aplikasi pelayar web ini. Video ini akan dipaparkan pada aplikasi Android sahaja dan mungkin tidak akan hadir di desktop atau iOS. Menurut Android Police, video tutorial ini pada asalnya muncul dalam Android Go. Android Go adalah sistem operasi Android asas, jadi tidak terkejut jika ia akan dipenuhi tutorial untuk mendidik pengguna.

Tidak pasti sama ada video ini boleh dipadam atau ia akan sentiasa muncul. Harapnya akan ada pilihan menutup video ini, jika tidak ramai akan berhenti menggunakan Chrome dan berpindah ke pelayar web seperti Edge atau Firefox.



Paling Popular