Carian
Vivo Y12s Kini Rasmi – Sokong Cip MediaTek Helio P35 Dan Bateri 5000mAh
November 16, 2020 Amy Maizuraa

Vivo kini memperkenalkan sebuah lagi peranti pintar terkini mereka dikenali sebagai Vivo Y12s. Ia merupakan sebuah peranti kelas pertengahan yang dilengkapi cip pemproses MediaTek Helio P35.

Untuk spesifikasi, ia mempunyai skrin bersaiz 6.51-inci IPS LCD bersama resolusi HD+. Ia turut dibekalkan memori 3GB RAM, storan dalaman 32GB, bateri 5,000mAh dengan pengecasan 10W dan perisian antaramuka FunTouch OS 11 berasaskan Android 10. Konfigurasi kamera utama pula terdiri dengan 13-Megapixel (utama) (f/1.8) + 2-Megapixel (f/2.4). Seterusnya, kamera hadapan pula adalah 8-Megapixel.

Spesifikasi lain termasuklah sokongan Wi-Fi 802.11ac, bluetooth 5.0, GPS, port sambungan microUSB, pengimbas cap jari pada sisi dan bicu audio 3.5mm. Untuk harga, Vivo Y12s dijual pada HK$1,098 (~RM583) dan tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Phantom Black serta Glacier Blue.

Komen