Samsung Mungkin Tidak Memperkenalkan Siri Galaxy Note Baru Pada 2021

Samsung Mungkin Tidak Memperkenalkan Siri Galaxy Note Baru Pada 2021

Diterbitkan pada Nov 16, 2020 oleh .

Samsung sedia dijangka bakal memperkenalkan siri telefon pintar Galaxy S pada Januari 2021 kelak, sekaligus membawa pengeluaran peranti mercu Samsung lebih awal berbanding kebiasaan.

Terbaharu, selain daripada siri Galaxy S, kini hadir desas-desus awal yang mana Samsung mungkin tidak memperkenalkan telefon pintar dibawah siri Galaxy Note pada 2021 kelak.

Mengikut beberapa laporan awal yang hadir, ia diperkatakan masih tiada sebarang informasi awal berkaitan pembangunan siri Galaxy Note untuk tahun 2021 kelak.

Menurut salah seorang tukang tiris terkenal, gergasi Korea Selatan tersebut dijangka hadir dengan beberapa peranti mercu pada tahun 2021 kelak, termasuk antaranya dibawah siri Galaxy S21, Galaxy Z Fold 3 dan juga Galaxy Z Flip 3 sahaja.

Ini sekaligus membawa kepada pertanyaan berkaitan masa hadapan siri telefon pintar berkenaan. Apa pun, Samsung akan mengintegrasikan sokongan S-Pen berkenaan pada beberapa peranti mereka pada tahun hadapan, termasuk pada siri Galaxy S21.



Paling Popular