Cari @ Amanz

Sejak Intel memperkenalkan siri CPU generasi ke-11 mereka, Tiger Lake, sejumlah jenama pembuat komputer riba telah mula mengemaskini siri komputer riba dengan CPU terbaru ini.

Diantaranya ialah HP, yang baru-baru ini telah memperkenalkan siri komputer riba HP Envy 13 yang dikemaskini dengan pilihan CPU Intel Tiger Lake, termasuklah Intel Core i5-1135G7 dan Intel Core i7-1165G7.

Dari segi pilihan memori, model dengan Intel Core i5 dilengkapi memori DDR4 sebanyak 8GB, manakala Intel Core i7 hadir dengan memori sebanyak 16GB. Dari segi storan, kedua-dua komputer riba ini diberi storan SSD PCIe sebesar 512GB.

Menguasakan bahagian grafik komputer riba ini pula ialah cip pemprosesan grafik NVIDIA GeForce MX450 yang hadir dengan memori GDDR6 sebanyak 2GB.

HP Envy 13 ini dilengkapi sejumlah palam I/O seperti palam USB 3.2 Type-C yang juga palam pengecasan dan DisplayPort 1.4, dua palam USB 3.2 Type-A dan satu palam audio 3.5mm.

Siri komputer riba HP Envy 13 ini dilihat di kedai atas-talian komputer riba popular TechHyperMart, dan boleh dibeli sekarang pada tanda harga berikut:

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd