Huawei Menjual Sub-Jenama Honor

Huawei Menjual Sub-Jenama Honor

Diterbitkan pada Nov 17, 2020 oleh .

Era Honor sebagai subjenama kepada Huawei berakhir semalam selepas gergasi telekomunikasi dunia tersebut menjual kesemua pegangan mereka kepada Shenzhen Zhixin New Information Technology. Syarikat yang baru dibentuk ini ialah sebuah konsortium yang terdiri daripada Shenzen Smart City Technology Development Group Co. Ltd dan 30 syarikat pengedar serta ejen Honor.

Nilai jualan tidak diumumkan tetapi menurut laporan Reuters, pengambilalihan ini tidak akan menjejaskan pembangunan Honor. Konsortium Shenzhen Zhixin New Information Technology mengambil alih Honor bagi menyelamatkan rantaian industri Honor yang terjejas akibat halangan perdagangan yang dikenakan Amerika Syarikat ke atas Huawei sebelum ini.



Paling Popular