Pengguna iPhone 12 Mini Melaporkan Masalah Mengesan Sentuhan

Pengguna iPhone 12 Mini Melaporkan Masalah Mengesan Sentuhan

Diterbitkan pada Nov 17, 2020 oleh .

Dengan saiznya yang kompak, iPhone 12 Mini ialah peranti pintar mercu yang kecil tetapi paling berkuasa di pasaran. Seminggu selepas ia mula dipasarkan, terdapat sebilangan pengguna yang mula melaporkan masalah skrin tidak mengesan sentuhan.

Menurut MacRumor, rungutan pengguna mula muncul di forum mereka dan forum rasmi Apple beberapa hari selepas peranti diterima. Pengguna melaporkan skrin tidak boleh dinyahkunci kerana tatalan ke atas tidak dikesan skrin. Pada awalnya ramai mengesyaki ini berlaku kerana mereka menggunakan pelindung skrin tetapi ada juga yang berkata perkara yang sama berlaku walaupun tidak menggunakan pelindung. Isu turut berlaku apabila menggunakan kerangka.

Jalan penyelesaian yang boleh diambil ialah melakukan sentuhan “lembut” pada skrin atau mengaktifkan back tap. Terdapat spekulasi perisian yang mengesan sentuhan tidak sengaja menyebabkan isu ini kerana tidak serasi dengan skrin 12 Mini yang lebih kecil. Oleh sebab itu isu ini hanya dilaporkan pengguna 12 Mini dan pada skrin kekunci sahaja.

Setakat ini kami tidak mengalami isu di atas pada iPhone 12 Mini yang masih dengan menjalani proses ulasan. Apple masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu ini.



Paling Popular