Cari @ Amanz

Sebelum ini tersebar meluas desas-desus mengatakan Samsung bakal memperluaskan lagi peawaran siri Galaxy M mekeka. Salah satu daripanya adalah Galaxy M42. Peranti pintar ini dikatakan akan hadir dengan bateri sekitar 6,000mAh kelak. Ia berikutan, peranti ini dikatakan telah melepasi laman pensijilan 3C di China.

Memetik gambar tersebar, peranti dengan nombor model bateri EM-BM425ABY dilihat akan menampilkan bateri 5,830mAh – yang mana boleh kapasiti biasa 6,000mAh. Peranti ini turut dikatakan telah tersenarai di pelbagai laman pensijilan termasuk Bureau of Industry and Security (BIS) dan juga DEKRA. Tapi sayangnya, tiada maklumat lanjut berkaitan peranti yang diketahui melaluinya.

Namun terdapat desas-desus yang mengatakan, peranti ini dipercayai hadir dengan sokongan kamera utama 64-Megapixel, selain storan dalaman sebesar 128GB. Buat masa ini, tiada maklumat mengenai tarikh pelancarannya. Kita mungkin akan mendengarnya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd