Google Menjual Alat Kawalan Jauh “Voice Remote” Untuk Google TV Secara Berasingan

Google Menjual Alat Kawalan Jauh “Voice Remote” Untuk Google TV Secara Berasingan

Diterbitkan pada Nov 17, 2020 oleh .

Chromecast With Google TV adalah Chromecast terbaru dari Google. Ia kekal menggunakan bentuk dongel, tetapi kali ini ia mempunyai sistem operasi yang lebih baik iaitu Google TV yang dibina berasaskan Android TV. Produk ini turut hadir dengan alat kawalan jauh yang berkemampuan membuat arahan suara.

Terkini, Google mula menjual alat kawalan jauh ini secara berasingan. Perkara ini tidak terkejut, kerana kes alat kawalan jauh hilang di dalam rumah adalah perkara biasa. Lebih-lebih lagi jika alat kawalan jauh itu kecil. Alat kawalan jauh Voice Remote dari Google ini adalah kecil, lebih kurang besar tapak tangan sahaja. Ia mempunyai butang kawalan aras suara di sisi seakan telefon, butang Google Assistant, butang YouTube, Netflix, ada mikrofon untuk seruan Google Assistant, serta ada sensor pemecut.

Sayang sekali, tidak seperti kebanyakan alat kawalan jauh Bluetooth – Voice Remote ini khusus untuk dongel Google TV sahaja dan tidak boleh digunakan dengan kotak set Android TV lain. Harga jualan adalah $19.90, iaitu sekitar RM81.70. Harganya agak mahal untuk sebuah alat kawalan jauh yang kecil. Sedangkan alat kawalan jauh Mi Box dari Xiaomi adalah bawah RM50, malah boleh didapati bawah RM30 dengan fungsi yang lebih kurang sama.



Paling Popular