EMUI 11 Mempunyai Fungsi Panggilan Video Polis Untuk Kecemasan Dan Amaran Gempa Bumi

EMUI 11 Mempunyai Fungsi Panggilan Video Polis Untuk Kecemasan Dan Amaran Gempa Bumi

Diterbitkan pada Nov 17, 2020 oleh .

Tahun lepas, Xiaomi telah mengumumkan fungsi amaran gempa bumi untuk MIUI 11. Pengguna telefon pintar MIUI 11 dan televisyen Mi TV akan menerima amaran di antara 10-15 saat sebelum dilanda gelombang gempa. Tetapi ia terhad di kawasan tertentu sahaja.

Sistem operasi Huawei yang masih berasaskan Android, iaitu EMUI 11 – turut mempunyai fungsi ini. Fungsi ini mula diedarkan untuk pengguna di China dalam kemaskini EMUI 11 yang stabil. Pengguna global tidak akan melihat fungsi ini, kerana ia ditawarkan khusus untuk Sichuan, China. Tetapi untuk kawasan Guangdong, pengguna di sana ada pilihan membuat panggilan video terus kem polis jika berlakunya kecemasan.



Paling Popular