Carian
Huawei Pay Dilancarkan Di Malaysia
November 17, 2020 Effi Saharudin

Akibat Covid-19, penggunaan pembayaran secara nirtunai melonjak naik kerana semakin ramai ingin mengurangkan sentuhan ketika melakukan urusniaga. Hari ini Huawei Pay akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan sokongan dari Union Pay dan Industrial and Commercial Bank of China (ICBC).

Menerusi Huawei Pay, pengguna boleh melakukan pembayaran nirtunai menggunakan peranti Huawei dan sistem yang menyokong NFC. Malaysia menjadi negara ke-sembilan yang menyokong Huawei Pay selepas China, Hong Kong, Macau, Rusia, Pakistan, Singapura dan Thailand. Sistem pembayaran nirtunai ini telahpun dilancarkan sejak 2016.

Senarai lengkap peranti yang menyokong Huawei Pay di Malaysia adalah seperti di bawah. Antara perniagaan yang kini menyokongnya di Malaysia pula adalah McDonald’s, KFC, Armani, Nike, Adidas, Parkson, NSK dan 99 Speedmart.

Komen