Lima Pekerja Amazon Ditangkap Kerana Mencuri iPhone Yang Bernilai Lebih RM2.4 Juta

Lima Pekerja Amazon Ditangkap Kerana Mencuri iPhone Yang Bernilai Lebih RM2.4 Juta

Diterbitkan pada Nov 17, 2020 oleh .

iPhone adalah telefon pintar yang premium. Produk terbaru adalah iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max. Kesemua iPhone ini mempunyai permintaan yang tinggi sehingga stok menjadi tidak menentu. Beberapa sumber kami yang merupakan penjual iPhone memberitahu yang harga kos iPhone 12 Pro Max adalah mencapai lebih dari harga jualan rasmi.

Terkini, lima pekerja Amazon telah ditangkap atas dakwaan mencuri iPhone yang bernilai €500,000, iaitu sekitar RM2,433,241. Kelima-lima suspek ini dikatakan mencuri iPhone di gedung logistik Amazon di Madrid, Sepanyol. Kesemua suspek ini dikatakan mencuri sebanyak 10 unit iPhone dan sejumlah cache IMEI yang dicuri dari kotak-kotak iPhone. Perkara ini mula disyaki apabila beberapa kotak iPhone terasa ringan dari biasa dan selepas memasang kamera tersembunyi, suspek mula dicam.

Perkara ini tidak terkejut kerana nilai iPhone yang tinggi. Walaupun sumber tidak menyatakan iPhone apakah yang mereka curi, tetapi tidak terkejut jika ia adalah iPhone 12 yang kini mempunyai permintaan tinggi. Untuk IMEI yang dicuri, ia mungkin untuk jualan tidak sah seperti menipu nombor IMEI pada set refursbished.



Paling Popular