Cari @ Amanz

Disebabkan Covid-19, banyak sekolah tutup. Tidak kira di Malaysia ataupun di luar negara, ramai yang terpaksa bekerja dari rumah atau belajar dari rumah. Untuk pembelajaran, ramai pelajar perlu menyertai telesidang untuk bertemu dengan rakan pelajar lain dan juga guru. Kelas atas talian menjadi format pembelajaran yang semakin popular.

Menggunakan telefon pintar agak sukar, kerana ia kecil. Jadi ramai pelajar membeli komputer riba mampu milik sebagai alternatif. Komputer mampu milik yang sepatutnya memenuhi penggunaan seseorang pelajar, adalah Chromebook. Dalam kajian analisa Canalys, jualan Chromebook dilaporkan meningkat sebanyak 122% untuk suku ketiga tahun 2020. Laporan mereka menyatakan jualan produk dalam kategori PC yang termasuk dengan tablet mencapai  124.5 juta unit. Ini adalah 23% peningkatan dari tahun lepas.

HP dilaporkan sebagai jenama Chromebook yang paling laris dengan jumlah jualan 3.2 juta unit pada suku ketiga 2020 dan peningkatan pendapatan tahunan 116.9%. Lenovo hanya berjaya menjual 1.8 juta unit, tetapi pendapatan yang diperoleh mencapai 351.2%, Dell dengan jumlah 1.4 juta unit dan pendapatan 45.3%, Acer dan Asus turut berjaya menduduki di tangga lima teratas. Membandingkan laporan dari Canalys, jualan Chromebook sepanjang 2019 adalah sebanyak 17 juta, tetapi suku ketiga tahun 2020 sahaja mencapai 9.4 juta.

Bukan itu sahaja, dengan Chromebook yang kelak akan menyokong Parallel untuk menggunakan perisian Windows turut menjadi salah satu sebab kenapa Chromebook diminati orang ramai. Nampaknya, Chrome OS yang dulu adalah sistem operasi asas hambar, kini tidak menjadi masalah untuk pelajar menggunakannya sebagai peranti untuk menimba ilmu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd