Google Pixel 4a adalah peranti Pixel pertama yang dilancarkan pada tahun ini. Ia adalah sebuah peranti kelas pertengahan yang dijana cip pemprosesan Snapdragon 730G. Ia juga mengekalkan banyak fungsi dan ciri dari Google seperti Google Camera, kemaskini pantas, integrasi Google Assistant yang lebih baik dan banyak lagi.

Semasa peranti ini dilancarkan, ia hanya ditawarkan dalam warna hitam – Just Black (Hitam Sahaja). Terkini sempena jualan Black Friday, Google menawarkan pilihan warna baharu – iaitu biru cair yang digelar “Barely Blue” (Hampir Biru). Warna biru ini kali terakhir digunakan pada Pixel 1 dengan biru pekat “Really Blue” (Benar-Benar Biru) dan Pixel 2 dengan warna “Kinda Blue” (Seakan Biru). Warna biru ini sedikit mirip dengan Pixel 2, tetapi lebih ke arah pastel seakan Pixel 3a dengan pilihan warna Purplish.
Harga jualan masih sama, iaitu $349 (~RM1432). Disebabkan di Malaysia peranti ini tidak dijual secara rasmi. Ramai penjual membawa masuk secara import dengan harga jualan bawah RM2000.