Pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dilihat mengacah orang ramai mengenai perancangan beliau untuk memperkenalkan aplikasi tersendiri. Aplikasi The Noor.app ini dikongsi oleh beliau menerusi beberapa Instagram Story hari ini. Logo aplikasi amat menarik kerana ia adalah ambigram yang apabila diterbalikkan boleh mengeja perkataan Noor dalam huruf rumi serta jawi.
Namun begitu, tiada maklumat lanjut dan masih belum dapat dipastikan mengenai fokus utama aplikasi berkenaan. Hasil tinjauan kami menerusi akaun rasmi The Noor iamemberikan gambaran aplikasi ini akan menyasarkan kepada gaya hidup Muslim. Akan tetapi, ia masih satu spekulasi awal sahaja.
Dalam pada itu, Neelofa juga dilihat masih berteka-teki mengenai tarikh pelancarannya. Sebaliknya, sekadar mengatakan aplikasi ini bakal diperkenalkan secara rasmi tidak lama lagi. Untuk ketahui lebih lanjut, sama-sama kita nantikan kelak.