Acara NTT Startup Challenge 2020 telahpun tiba ke kemuncaknya. Bertemakan ‘Smart World through Digital Transformation’, acara yang diadakan setiap tahun ini telah menerima penyertaan dari lebih 500 startup di sekitar Asia Tenggara yang bergiat dalam pelbagai industri.
Dengan penyertaan telahpun ditiutup, kini NTT Startup Challenge 2020 telah menyenaraipendek 10 startup terpilih bagi membentangkan projek mereka minggu hadapan. Startup tersebut adalah:
- Doctor on Call / Perubatan – Malaysia: Startup ini menyediakan khidmat nasihat kesihatan secara maya, menerusi panggilan telefon dan video.
- Cashlez / Fintech – Indonesia: Startup ini mengintegrasikan pembayaran dalam dan luar talian untuk peniaga.
- HarukaEDU / Pendidikan – Indonesia: Menyediakan platform membolehkan universiti menjalankan pengajian maya.
- TukangSayur.co / Makanan – Indonesia: tempahan barnagan runcit berasaskan peranti mudah-alih.
- Gorry Holdings / Perubatan – Indonesia: Projek yang menyokong pengguna hidup dengan lebih sihat.
- Sales Candy / Penjualan – Malaysia: Sistem pengurusan jurujual yang terus menghubungkan mereka dengan pembeli meneursi aplikasi mudah-alih.
- Block / Keselamatan – Singapura + India: Menggunakan teknologi rantaian blok ( blockchain) bagi menyelesaikan masalah cybersecurity.
- JobHop / Sumber Manusia – Vietnam: Menghubungkan syarikat dengan tenaga pekerja berbakat di Asia Tenggara, dengan bermula di Vietnam.
- Assemblr / Realiti Terimbuh – Indonesia: Membolehkan pengguna mencipta projek realiti terimbuh dan boleh mengakses dan berkongsi aset 3D tersebut dengan mudah.
- Simplify / Rangkaian – Malaysia: Perkongsian internet P2P membolehkan pengguna menjual data berlebihan kepada pengguna Simplify yang lain.
Kesemua 10 finalis ini akan membentangkan projek mereka secara maya pada 25 November 2020 kepada pengadil dan juga pelabur dan peniaga. Anda juga boleh menyertai acara ini untuk berkenalan dengan pelabur atau startup yang lain. Pemenang akan membawa pulang wang tunai USD 5,000 beserta sokongan kerjasama industri dari NTT Group.