Cari @ Amanz

Peranti skrin boleh-lipat muncul tahun lalu dan menunjukkan terdapat permintaan untuk peranti dengan skrin yang boleh diubah. Oppo setakat ini masih belum melancarkan peranti dengan rekaan seperti ini. Di acara Oppo Inno Day 2021, mereka memperlihatkan rekaan peranti konsep Oppo X 2021 dengan skrin yang bergulung.

Skrin peranti boleh berubah dari saiz 6.7″ ke 7.4″ apabila ditarik dari bahagian kanan. Menerusi rekaan ini, Oppo berkata itu terdapat lipatan yang jelas pada skrin pada skrin boleh-lipat dapat diselesaikan. Terdapat sebuah plat bergerak Warp Track pada bahagian bawah skrin untuk memastikan integriti skrin akan sentiasa kekal tanpa tertembus. Sebuah motor elektrik pula digunakan untuk memastikan skrin OLED yang digunakan sentiasa tegang ketika digunakan.

Tidak seperti peranti skrin boleh-lipat, pengguna Oppo X 2021 boleh menetapkan saiz skrin yang ingin mereka gunakan kerana kandungan akan berubah mengikut saiz skrin yang ditarik. Pada waktu ini Oppo X 2021 masih lagi sebuah konsep tetapi Oppo akan menghasilkan versi komersial apabila masa yang tepat tiba.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd